lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
dipetik daripada surah an-Nur, ayat 26.
tapi kalau lelaki yang baik dijodohkan dengan wanita yang tidak baik ataupun sebaliknya? bukankah Allah telah menjanjikan bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik? opss jap. jangan timbulkan kontroversi. sebenarnya camni, ada sesetengah pihak yang menganggap ayat tersebut merupakan janji Allah kepada hambaNya. walhal ayat ini hanya sebagai peringatan kepada umat Islam supaya memilih manusia yang baik sebagai pasangan hidup.
persoalan; jadi apa hikmahnya bila seseorang yang baik dijodohkan dengan seseorang yang tidak baik?
jawapan; kalau orang yang baik itu mempunyai agama yang kuat diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik bertujuan untuk menyelamatkan orang berkenaan terus hanyut dalam kesesatan. ini juga dipanggil proses dakwah kan. jadi kesimpulannya, memang jodoh itu ketentuan Ilahi tapi kita diminta untuk berusaha mencari pasangan hidup yang soleh. kalau seseorang itu mendapat jodoh pasangan yang kurang baik, pasangan yang baik haruslah berusaha membaiki pasangannya itu.